Wiranita Perkasa merujuk kepada prosiding inkues kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim. Syazlin Mansor sebagai peguam rasmi yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) terpaksa menarik diri daripada inkues itu berikutan arahan Peguam Negara Tommy Thomas. Peguam Negara berkata bahawa keputusan itu dilakukan kerana bimbang berlaku konflik kepentingan memandangkan Syazlin juga mewakili keluarga Allahyarham dan Thomas juga berkata pendirian diambil…










