TNB taja biasiswa hampir RM1 bilion sejak 1993 - Utusan Malaysia

TNB taja biasiswa hampir RM1 bilion sejak 1993

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) membiayai 130 lagi pelajar cemerlang dengan menjadikan lebih 12,000 pelajar telah menerima manfaat biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) sejak 1993 dengan perbelanjaan keseluruhan hampir RM1 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, menerusi YTN, TNB berharap dapat membentuk dan melahirkan generasi berkualiti tinggi yang cemerlang dalam akademik selain mempunyai bakat kepemimpinan tinggi.

Beliau malah memberitahu, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang dianugerahi biasiswa YTN kali ini juga dipilih daripada pelbagai latar belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain cemerlang pelajaran, penerima juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. Faktor akademik dan kepemimpinan penting dalam pemilihan para penerima biasiswa YTN. Pelajar terpilih ini mempunyai peluang menjadi warga kerja TNB apabila tamat pengajian kelak dan diharapkan dapat menjadi pemimpin pelapis untuk menerajui syarikat itu pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Insan TNB, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman; Ketua Pegawai Korporat, Datuk Roslan Ab.Rahman dan Pengarah YTN, Datuk Dr. Shaari Md. Nor.

Amir Hamzah juga berkata, selain biasiswa, YTN turut menyediakan siri-siri program pembangunan melalui Scholar Development Journey bagi membantu pelajar tajaannya mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai kompetensi serta nilai dan prinsip yang tinggi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini