Tiga termasuk kanak-kanak perempuan maut kemalangan - Utusan Malaysia

Tiga termasuk kanak-kanak perempuan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Jun – Dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan Chery di Kampung Cherok Paloh dekat sini petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu turut mengakibatkan empat orang lagi cedera termasuk seorang kritikal.

“Empat mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan manakala dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Butiran lengkap mangsa dan kejadian bagaimanapun belum diperoleh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini