'Tidak salah Azmin buat sumpah laknat' - Utusan Malaysia

‘Tidak salah Azmin buat sumpah laknat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mesti membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi video seks intim yang didakwa turut melibatkan dirinya.

Presiden Parti Bumiputra Perkasa (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, Mohamed Azmin tidak boleh hanya berdiam diri sebaliknya perlu mengambil tindakan wajar termasuk dari aspek undang-undang terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku terlibat dalam video berkenaan.

“Mohamed Azmin telah buat kenyataan menafikan, tetapi ada pula pihak membuat kenyataan bahawa video tersebut adalah tulen, jadi Mohamed Azmin mesti membersihkan namanya termasuk dengan mendakwa Haziq.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau tidak boleh hanya berdiam diri dan buat tidak tahu dalam hal ini, tidak salah juga untuk Mohamed Azmin untuk buat sumpah laknat walaupun ada pihak berpandangan ia tidak perlu. Terpulang kepadanya, kalau tiada sebarang tindakan, namanya akan tercalar sampai bila-bila, “ katanya.

Ibrahim berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Putra di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Ibrahim, pihaknya tidak mahu masuk campur dalam isu video seks tersebut namun sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap Haziq termasuk oleh Mohamed Azmin ia hanya akan menjadi modal politik termasuk kepada Putra bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Jika Mohamed Azmin tidak bersihkan namanya, Haziq pula tidak didakwa selain Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak ditubuhkan dalam isu kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, pada kami dari segi politik ia adalah bagus.

“Kami akan gunakan isu-isu ini pada pilihan raya umum akan datang, isu ini akan jadi modal politik Putra, jangan salahkan dan kata Putra tidak bertanggungjawab,” katanya. UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini