KUALA LUMPUR – ‘Tiap-Tiap hari saya ada pc (sidang akhbar)’
Demikian maklum balas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya bila akan membuat kenyataan berhubung isu terdapat ramai pemandu e-hailing gagal Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing).
Anthony bagaimanapun berkata, beliau akan mengulas isu tersebut pada hari lain tanpa memaklumkan sebarang tarikh yang khusus.
“Isu PSV… tak apa saya akan jawab soalan itu pada hari yang lain.
“Pada majlis hari ini, kita hanya fokuskan pada isu cashless system (sistem transaksi tanpa tunai),” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Tanpa Tunai Pengangkutan Awam di sini hari ini.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali melahirkan kebimbangan apabilakadar kegagalan lulus peperiksaan lesen PSV sangat tinggi sehingga memaksa pemandu mengeluarkan sejumlah wang untuk menduduki semula ujian berkenaan.
Kata beliau, walaupun GDMA tidak mempunyai jumlah sebenar pemandu e-hailing yang gagal dalam ujian PSV berkenaan namun secara kasarnya beliau mendakwa 10 hingga 50 peratus saja pemandu yang lulus dalam setiap kelas. – UTUSAN ONLINE











