ALOR SETAR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, meskipun piagam kerjasama parti itu dan Pas hanya akan dimuktamadkan bulan depan, namun persefahaman awal telah pun dicapai iaitu tidak akan berlaku pertembungan dua penjuru semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, pihaknya yakin sekiranya perkara itu dimuktamadkan nanti, UMNO dan Pas bakal membentuk kerajaan. “Soal pembahagian kerusi (antara dua parti)…










