IPOH – Bukan dibesarkan dalam kalangan keluarga ‘kaki raket’ tetapi disebabkan minat dan keyakinan mendorong Muhammad Ziyad Md Tah menanam tekad untuk menceburi badminton secara profesional. Anak muda berumur 24 tahun dari Skudai, Johor itu mengakui ketiadaan ‘DNA’ sukan dalam dirinya sebagai antara faktor peningkatan prestasinya agak perlahan. “Dalam anggota keluarga hanya saya seorang yang menceburi bidang sukan dan badminton ini pun saya ceburi kerana minat sendiri, sebab itu peningkatan…










