BANGKOK – Kerajaan Thailand menghentikan sementara import khinzir dari Laos ekoran penularan wabak Influenza A (H1N1) atau selsema babi Afrika yang semakin membimbangkan.
Lapor Bangkok Post, Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand memberitahu tindakan tersebut akan berkuat kuasa selama 90 hari.
Keputusan itu dibuat susulan kes pertama berkenaan wabak tersebut yang direkodkan di Laos.
Menurut Organisasi Kesihatan Haiwan Dunia, sejumlah 973 ekor haiwan dilaporkan mati di wilayah Saravane yang terletak berdekat sungai Mekong berhadapan Ubon Ratchathani.
Penguatkuasa Thailand di bahagian persempadanan dan lapangan terbang telah dimaklumkan tentang wabak tersebut sejak September tahun lalu.
Para penternak juga digesa melaporkan sebarang kematian meliubatkan khinzir kepada pihak berkuasa.- AGENSI











