
Terlanggar bahu sampai merusuh KUALA LUMPUR – Gara-gara terlanggar bahu seorang pengunjung, sekumpulan lelaki bertindak merusuh sebuah pusat hiburan di kawasan C180 Cheras Selatan di sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 3.27 pagi itu, seorang mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 20 individu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya kemudiannya telah menahan sembilan lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.Jelasnya, siasatan awal mendapati, telah berlaku pergaduhan dimana seorang daripada kumpulan tersebut bertindak membaling kerusi terhadap seorang pengunjung dan menyebabkan berlaku kekecohan dalam pub berkenaan. “Sehubungan itu, kesemua suspek akan ditahan reman esok bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan cedera.“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kajang dan bagaimanapun kini dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana alami kecederaan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Tambah Ahmad Dzaffir, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini disarankan tampil untuk memberikan keterangan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Kunalan ditalian 014-6124325.-UTUSAN ONLINE

- Oleh UTUSAN ONLINE
- 7 Jun 2019, 7:33 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN


Hujan lebat tak halang Piastri gegar GP Belgium
28 Julai 2025, 12:06 am

Thailand, Kemboja akan hadiri rundingan damai di Malaysia
27 Julai 2025, 11:53 pm

Odegaard selamatkan Arsenal
27 Julai 2025, 11:52 pm