KHARTOUM 14 Jun – Majlis tentera Sudan semalam buat pertama kali mengaku membubarkan tunjuk perasaan di ibu negara ini yang menyaksikan lebih 100 orang terbunuh, awal bulan ini.
Selepas rundingan antara pemimpin penunjuk perasaan dan tentera gagal pada 3 Jun lalu, lelaki bersenjata dengan seragam tentera membubarkan kem tunjuk perasaan dalam operasi yang mengakibatkan sebanyak 120 orang maut,
“Majlis tentera memutuskan membuat satu rancangan untuk membubarkan tunjuk perasaan itu dan melaksanakannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Namun kami kesan beberapa kesilapan berlaku,” kata jurucakap tentera, Shamseddine Kabbashi, semalam. – AFP











