Tempoh kempen pengurangan kompaun dilanjutkan hingga 31 Ogos - Utusan Malaysia

Tempoh kempen pengurangan kompaun dilanjutkan hingga 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tempoh kempen bayaran kompaun bagi kesalahan lalu lintas dan tempat letak kereta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen bayaran kompaun yang sepatutnya berakhir esok akan diteruskan berikutan sambutan orang awam di samping memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat bayaran bagi kompaun-kompaun tertunggak pada kadar minimum.

“Kempen ini telah bermula sejak 1 Jun lalu bersempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-13,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, kadar bayaran kompaun tertunggak bagi tahun 1999 hingga 2016 untuk kesalahan lalu lintas dan letak kereta iaitu RM100 dikurangkan kepada RM10.

“Bagi kompaun tahun 2017 hingga hingga 2018, kesalahan lalu lintas dan letak kereta iaitu RM100 dikurangkan kepada RM20 manakala kompaun dari 1 Januari hingga 31 Ogos ini dikurangkan kepada RM30,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MBPJ, Lobi Menara MBPJ dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara dan Kota Damansara.

“Orang ramai juga boleh membuat pembayaran melalui aplikasi pintar SmartPJenforcement di Google Playstore dan Mesin Kios MBPJ yang disediakan atau menggunakan sistem dalam talian di https://epay.mbpj.gov.my,” katanya.

Untuk proses semakan kompaun, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi pintar SmartPJenforcement di Google Playstore atau melayari laman sesawang Majlis di www.mbpj.gov.my atau hubungi talian 03-7958 8085 sambungan 125/126. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini