AUCKLAND 14 Jun – Suspek pengganas Christchurch kelihatan ‘tersenyum’ ketika dia mengaku tidak bersalah atas semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya.
Mail Online melaporkan, Brenton Tarrant, 28, menafikan semua 51 dakwaan membunuh, 40 dakwaan cubaan membunuh dan satu dakwaan melakukan keganasan di Mahkamah Tinggi Christchurch hari ini.
Sebanyak 51 penduduk beragama Islam maut selepas Tarrant melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch pada Mac lalu. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











