JOHOR BAHRU – Dua melecur dan cedera parah selepas dua daripada enam buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbakar di Kilometer 27.6, Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini pukul 10.58 malam tadi. Kejadian tersebut melibatkan enam individu yang masing-masing memandu kenderaan sendiri iaitu kereta Proton Iswara, Proton Persona, dua buah Perodua Alza, Toyota Altis dan Proton Iswara. Pemandu Proton Iswara dan Proton Persona melecur selepas kenderaan masing-masing terbakar manakala empat pemandu lain…










