Tambang bas ekspres: Kenaikan wajar - Utusan Malaysia

Tambang bas ekspres: Kenaikan wajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pengusaha bas ekspres perlu mengadakan perbincangan terperinci dan mencari formula terbaik bagi memastikan permohonan kadar tambang dikenakan mengikut pasaran terlaksana.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, langkah tersebut wajar ekoran keadaan industri masa kini yang mengalami pelbagai kenaikan lain terutama kos penyelenggaraan.

Katanya, CASSA sedia menjadi ‘orang tengah’ antara kedua-dua pihak bagi memastikan keputusan memuaskan hati pelbagai pihak dan tidak membebankan pengguna serta selari dengan mutu perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sokong jika ada kenaikan yang terkawal dan tidak membebankan pengguna. Namun, kenaikan tersebut perlulah selari dengan mutu perkhidmatan dan keselamatan serta tidak mendatangkan keluhan kepada pengguna.

“Apabila bercerita berkenaan kenaikan tambang, ia perlu dilihat daripada pelbagai sudut pandangan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerajaan dan pengusaha,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali sebelum ini menggesa kerajaan memberi kebenaran kadar tambang bas ekspres dibiarkan mengikut harga pasaran serta tidak dikawal.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu menetapkan model khas yang tidak memberi impak kepada pengguna jika harga tambang tidak dikawal kerajaan.

Menurutnya, kerajaan juga perlu melakukan pemantauan agar harga yang dikenakan tidak terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini