Taman tema dibidas promosi kemalangan maut Puteri Diana - Utusan Malaysia

Taman tema dibidas promosi kemalangan maut Puteri Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIGEON FORGE, Tennessee – Sebuah taman tema di sini yang menggunakan replika lokasi kemalangan yang meragut nyawa Puteri Diana telah mengundang kemarahan orang ramai, lapor akhbar Daily Mirror.

Pengkritik menggelar taman tema yang mempromosikan pelbagai teori konspirasi termasuk bigfoot dan makhluk asing untuk memancing kedatangan pengunjung itu sebagai tidak bermaruah, mengarut dan menyakitkan hati.

Bagaimanapun, kemarahan terhadap Taman Tema National Enquirer Live! itu tidak menghalang begitu ramai pengunjung datang melawat sejak ia dibuka awal bulan lalu. Pengunjung dewasa dikenakan caj AS$26.50 (RM111), manakala kanak-kanak AS$16.50 (RM69).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahagian yang diberi nama The Royals yang memaparkan rekaan semula tiga dimensi (3D) kemalangan maut Diana di Paris pada tahun 1997, menunjukkan sebuah kereta melalui sebuah terowong sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Ia model 3D komputer dan anda melihatnya dari atas bagi menyaksikan sendiri apa yang berlaku di Paris ketika itu. Anda dapat menyaksikan bangunan dan persekitaran lokasi kejadian dalam satu tayangan 3D,” kata pencipta pameran kemalangan Diana itu, Robin Turner.

Pengunjung pameran itu kemudian diminta mengisi tinjauan pendapat sama ada bersetuju kejadian itu cuma satu kemalangan biasa seperti dilaporkan pihak berkuasa atau percaya wujud campur tangan pihak istana yang menyebabkan kematian Diana.

Turner bagaimanapun mempertahankan pameran menggerunkan itu dengan alasan pengunjung tidak disajikan imej mayat Diana mahupun darah mangsa kemalangan sebaliknya cuma paparan jarak dekat melalui animasi komputer.

National Enquirer adalah sebuah akhbar tabloid yang bermula sejak tahun 1926 tetapi telah dijual pada 18 April lalu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hudson, James Cohen dengan harga AS$100 juta (RM419 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini