JOHOR BAHRU – Bacaan tahap kualiti udara di kawasan Pasir Gudang masih berada pada tahap yang baik sehingga tengahari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) masih memantau tahap kualiti udara. “Pasukan Hazmat memantau kualiti udara menggunakan analisis gas (Gasmet) dalam radius pengesanan 7 kilometer membabitkan 20 buah sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari…










