Tahaluf siayasi, ta’awun: Ahli Pas perlu faham perkara tersirat dalam politik - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Tahaluf siayasi, ta’awun: Ahli Pas perlu faham perkara tersirat dalam politik – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Setiap ahli Pas diminta supaya memahami perkara tersirat dalam politik terutama membabitkan tahaluf siyasi (muafakat politik) dan ta’awun (kerjasama demi kepentingan Islam) yang diwujudkan parti itu dengan UMNO dan parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MIC serta MCA.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, negara menghadapi krisis kesefahaman politik ekoran perubahan pimpinan negara yang didodominasi oleh parti ekstrem yang jelas menunjukkan sikap melampau terhadap Islam.

Katanya, menerusi suasana politik itu, Pakatan Harapan (PH) kini didominasi oleh golongan ekstrem yang berani membuat kenyataan tentang Perlembagaan Persekutuan dan institusi diraja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini berlaku kerana krisis politik dalam masyarakat. Apabila berlaku tindakan salah, kerana marah kepada UMNO kelambu dibakar, 90 peratus pengundi bukan Islam mengundi PH, 30 peratus pengundi muda membuat pilihan yang salah menyebabkan jatuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN)

“Kita juga tidak setuju dengan BN tetapi kita tidak mahu mudarat yang besar apabila berlaku perubahan politik, maka Pas memperkenalkan politik Islam, bertahaluf dan berta’awun dengan orang Islam dan bukan Islam yang boleh berbincang dan berbicara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, penting untuk setiap ahli Pas berpegang teguh kepada konsep wala’ atau kesetiaan terhadap pemimpin dan memahami setiap usaha yang dilakukan demi kesejahteraan negara dan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini