KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan sumbangan sebanyak RM28,605.66 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman dalam satu majlis ringkas, di pejabat Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengurus Besar Operasi Domestik Tabung Haji, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sumbangan zakat itu bertujuan membantu pelajar maahad tahfiz terutamanya pelajar asnaf dari aspek penjagaan, menjalankan aktiviti atau program pendidikan pelajar serta…










