KUALA LUMPUR 18 Jun – Malaysia mencatatkan pelaburan berjumlah RM2.8 bilion menerusi 350 projek daripada syarikat Australia setakat 2018. Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan berkata, projek-projek berkenaan telah mencipta sebanyak 22,000 peluang pekerjaan di negara ini. Katanya, setakat 2018 juga sebanyak 382 projek berkaitan peralatan perubatan telah dilaksanakan dengan pelaburan bernilai RM18.4 bilion dan 71,000 peluang pekerjaan. “Untuk suku pertama 2019 pula, MIDA telah meluluskan enam lagi projek peralatan perubatan bernilai RM309.3 juta,” katanya pada majlis perasmian Pusat Pemulihan Global Cochlear di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya