Sudah 64 tahun berkahwin, hubungan Kirk Douglas dan isteri tetap ‘manis’ - Utusan Malaysia

Sudah 64 tahun berkahwin, hubungan Kirk Douglas dan isteri tetap ‘manis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 15 Jun – Meskipun usia sudah melebihi satu kurun, pelakon Hollywood, Kirk Douglas dan pasangannya Anne Buydens tetap manis bak gula, selepas 64 tahun berkahwin.

The Vintage News melaporkan, Douglas yang berusia 102 tahun itu turut menyambut hari jadi isterinya yang ke-100 pada 23 April lalu di rumah kediaman mereka yang diaturkan oleh anak sulung pasangan itu, Michael dan isterinya, Catherine Zeta-Jones.

Berkongsi kisah percintaan mereka, pelakon yang terkenal menerusi filem Ace in the Hole itu menemui permata hatinya pada 1953, ketika Buydens bekerja sebagai pegawai seranta perfileman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Douglas dikenali sebagai ‘jerumun singa’ dalam kalangan pembikin filem yang menyifatkannya sebagai ‘playboy’ selepas bercerai dengan aktres Diana Dill.

“Dia mengajak saya untuk keluar makan malam bersama rakan-rakannya. Tapi saya menolak jemputannya dengan baik. Terima kasih, saya rasa, saya balik rumah dan masak telur hancur untuk makan malam hari ini,” kata Buydens yang tidak menyangka akan berkahwin dengan jejaka itu.

Dia juga tidak pernah terfikir berkesempatan untuk hidup bersama sehingga usia mencecah 100 tahun apatah lagi dengan kesihatan yang masih baik.

Meskipun Douglas mengakui yang dia sakit hati dengan wanita itu kerana menolak jemputan makan malam bersama, dia kemudian bertindak mengambil Buydens bekerja sebagai pegawai seranta dalam syarikat produksinya tidak lama kemudian.

“Percintaan kami sangat platonik, sepanjang perkenalan, kami tidak pernah mengambil gambar romantik. Saya berhenti melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dia sebaliknya menjadi pendengar yang terbaik,” kata Douglas yang juga seorang produser filem terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya.

Akhirnya pasangan itu berkahwin pada 29 Mei 1954, dan dikurniakan dua orang anak.

Malah Buydens memberitahu, suaminya mengaku yang dia pernah menjalin hubungan dengan beberapa pelakon terkenal seperti Rita Hayworth, Patricia Neal dan anak perempuan Joan Crawford, Christina Crawford.

“Douglas tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada saya. Sebagai seorang wanita kelahiran Eropah, saya faham yang adalah sesuatu yang tidak realisik untuk mengharapkan kesetian dalam perkahwinan,” kata wanita itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini