PASIR PUTEH – Sepasang suami isteri dari Kampung Gong Manok di sini memberanikan diri membuat kelainan apabila menggunakan cendawan dalam resepi sate ikan atau ‘lokcing’ keluaran mereka. Ibu beranak empat, Kasmarina Ismail, 32, berkata, idea untuk memperkenalkan lokcing cendawan itu timbul setelah suaminya, Mohd Harif Abdul Rashid, 35, mengikuti kursus menanam cendawan anjuran Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (Kokulac) di sini beberapa bulan lalu. Menurutnya, pengajar kursus sebaliknya mencadangkan kepada…










