PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung satu ciapan palsu menerusi Twitter membabitkan nama Ketua Pesuruhjaya itu, Latheefa Koya. Menurut kenyataan SPRM, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kelmarin. “Ia berhubung ciapan para jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Twitter bawah nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, kami ingin menegaskan bahawa ciapan tersebut adalah palsu. “Ia ditular oleh pihak…










