Sorg rasa pelik gantikan Low - Utusan Malaysia

Sorg rasa pelik gantikan Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARYSAW, Belgium – Marcus Sorg mengakui berasa ‘pelik’ ketika mengendalikan Jerman semasa menentang Belarus selepas pengendali pasukan itu, Joachim Low tidak dapat hadir ke aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Low tidak dapat hadir ke perlawanan itu selepas mengalami kecederaan arteri semasa menjalani senaman.

Ketiadaannya menyaksikan Jerman menang 2-0 hasil jaringan Leroy Sane dan Marco Reus, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan C.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sorg yang akan sekali lagi mengendalikan pasukan itu ketika menentang Estonia di laman sendiri, minggu hadapan mengakui sangat berpuas hati dengan aksi yang berlangsung di Borisov Arena.

“Keadaan agak pelik selepas sekian lama. Saya tidak melihat telefon lagi bagi melihat sebarang mesej daripada mana-mana individu.

“Sangat penting untuk kami menang dan kami berjaya. Paling penting ialah mengatasi kesukaran dan menang.

“Pemain sudah menunjukkan kecemerlangan mereka menerusi perlawanan ini.

“Lawan kami bertahan dengan baik tetapi bukan masalah besar buat kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini