SKMM, PDRM perlu siasat video skandal seks - Utusan Malaysia

SKMM, PDRM perlu siasat video skandal seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bekerjasama siasat ketulenan video skandal seks sejenis yang mengaitkan seorang menteri kanan Kabinet yang tular baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa percaya video yang ditularkan secara sengaja itu adalah palsu dan direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat jahat.

“Saya sendiri percaya video itu memang palsu dan direka dan disebar dengan niat jahat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya setuju ketulenan video itu perlu disiasat serta merta oleh pihak yang berwibawa seperti SKMM dan PDRM,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Tambah Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, hanya menerusi hasil siasatan tersebut yang membolehkan pihak polis mengenal pasti dalang yang melakukan perbuatan politik kotor itu.

“Sekiranya pemalsuan video disahkan, polis boleh beri tumpuan kepada siapa dalang di belakang politik longkang ini, siapa yang bertanggung jawab terhadap pembuatan video dan sebarannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini