TIADA apa yang lebih meruntun jiwa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila melihat anak-anak kecil meraikan Syawal tanpa kehadiran ibu bapa. Menurut Siti, beliau menjadi lebih sensitif tentang anak-anak kecil sejak bergelar ibu kepada Siti Aafiyah yang kini berusia setahun dua bulan. Justeru, demi menceriakan kehadiran Syawal yang akan disambut seluruh umat Islam di Malaysia esok, Siti membuat kemunculan istimewa menemui 27 orang penghuni Rumah Kasih Nurul…










