Sisa Plastik: Adakah kerajaan mahu isytihar perang dengan Kanada? - Utusan Malaysia

Sisa Plastik: Adakah kerajaan mahu isytihar perang dengan Kanada?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gerakan menggesa kerajaan menjelaskan tindakan dan strategi seterusnya setelah Kanada enggan menerima semula sisa buangan plastiknya yang kini ‘disimpan’ di negara ini.

DOMINIC LAU HOE CHAI
DOMINIC LAU HOE CHAI 

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, cara terbaik untuk menghalang lambakan sisa plastik adalah dengan larangan sepenuhnya terhadap import barangan itu.

“Adakah kita juga harus mengisytiharkan perang dengan Kanada seperti Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk memastikan negara itu menerima semula sisa plastik?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan mendakwa mereka cuba bendung masalah kemasukan sampah asing, tetapi telah mengeluarkan permit import (AP) kepada syarikat-syarikat tertentu supaya syarikat-syarikat ini dapat mengimport sampah asing secara sah.

“Menurut laporan, hanya 10 peratus sampah yang dieksport oleh negara kaya ke negara berpendapatan rendah sebenarnya dikitar semula manakala 90 peratus sampah dibakar atau ditinggalkan di tempat pembuangan sampah yang tidak sah, menyebabkan pencemaran alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini