KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran ke negara Eropah apabila 11 individu ditahan pada 27 Mei lalu. Kesemua individu terbabit ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar, Perlis, Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Mereka yang ditahan terdiri tiga warga tempatan yang berperanan sebagai fasilitator dan pengiring dan lapan migran warga Sri Lanka. Ketua Polis Negara,…










