Siasatan aduan berpolitik di masjid hampir siap - Utusan Malaysia

Siasatan aduan berpolitik di masjid hampir siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) sedang melengkapkan siasatan berhubung tindakan seorang penolong setiausaha sebuah masjid di Hilir Perak yang menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, siasatan juga menjurus kepada aspek keingkaran bagi menjunjung titah Sultan Perak.

Menurut beliau, JAIPk juga telah meluluskan pelantikan jawatakuasa masjid yang baharu bagi menggantikan pengurusan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan dijangka siap sedikit masa lagi. Pihak masjid juga telah mengemukakan laporan lengkap kepada kita bagi penelitian.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pihak menjunjung titah tuanku agar masjid tidak dijadikan gelanggang bagi mendapatkan laba politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya di sini hari ini.

Pada 28 Mei lalu, JAIPk menggantung sementara jawatan Penolong Setiausaha Masjid Asaadah, Kampung Bahagia, Teluk Intan kerana didakwa memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berucap di masjid itu.

Penggantungan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Peraturan 10 (2) Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak (2015).

Tindakan itu juga sejajar teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya parti politik tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian terutama sepanjang Ramadan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini