Shopee berjaya bangunkan GLP - Utusan Malaysia

Shopee berjaya bangunkan GLP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Shopee berjaya membangunkan program pembangunan pemimpinnya, Global Leaders Program (GLP) sehingga mampu mengukuhkan kedudukannya sebagai platform e-dagang terbesar di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chris Feng berkata, ia dapat dilihat pada suku pertama tahun ini yang mana syarikat tersebut mencatat 203.5 juta pesanan kasar dalam tempoh berkenaan.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 83 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan sehubungan itu, syarikat kini mempunyai lebih daripada 8,000 pekerja di Asia Tenggara dan Taiwan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

GLP merupakan program utama siswazah untuk tempoh dua tahun dari Shopee yang terdiri daripada empat rotasi tempatan dan luar negara selama enam bulan.

Ia telah dilancarkan di enam pasaran merentasi rantau ini iaitu Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, dan Filipina.

Calon program tersebut akan menjalani proses pemilihan yang ketat dengan tiga peringkat penilaian dan satu sesi pe­rangkaian eksklusif dengan pihak pengurusan atasan Shopee.

Calon yang berjaya akan me­langkah ke dalam kerjaya e-dagang yang menarik di Shopee selain menawarkan pendedahan serantau dalam pelbagai fungsi termasuk pembangunan perniagaan, operasi dan pemasaran.

Antara manfaat program tersebut ialah menerima pakej gaji kompetitif, peluang untuk memacu projek yang mempu­nyai impak positif di Shopee dan perkembangan kerjaya yang cepat.

“Kami memperkenalkan GLP untuk memupuk kemahiran dalam kalangan pemimpin masa depan Shopee yang boleh memacu pertumbuhan e-dagang di Asia Tenggara dan Taiwan.

“Syarikat berharap agar program ini akan terus popular dalam kalangan graduan dan bercadang untuk menarik lebih banyak bakat untuk menerajui pembangunan e-dagang di rantau ini,” jelasnya.

caption: Sebahagian daripada calon yang dipilih menyertai GLP anjuran Shopee menjalani latihan insentif untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini