KUALA LUMPUR – Setel, aplikasi mudah alih yang pertama untuk pembayaran bahan api di pam oleh Petronas Dagangan Bhd. (PDB) kini boleh digunakan di kesemua stesen Petronas di Lembah Klang,
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, ciri ‘Refer A Friend’ turut diperkenal untuk menggalakkan lagi penggunaan dan memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada untuk menyebarkan tentang aplikasi itu.
“Setiap kali kod rujukan unik pengguna digunakan untuk mendaftar pengguna baharu dan dengan transaksi minimum RM30 minimum melalui aplikasi di mana-mana stesen Petronas, Setel yang dibolehkan ‘referrer’ akan mendapat kredit untuk bahan api,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











