Sesak nafas: 30 pelajar, tiga guru terjejas - Utusan Malaysia

Sesak nafas: 30 pelajar, tiga guru terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai 30 pelajar termasuk tiga orang guru di beberapa sekolah di sekitar Pasir Gudang dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan selepas mengalami simptom sesak nafas, loya dan muntah-muntah sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira pukul 10 pagi tadi melibatkan beberapa buah sekolah sama yang terjejas ekoran pencemaran bau minggu lalu.

“Murid yang terjejas melibatkan mereka yang duduk di tingkat tiga dan empat bangunan sekolah. Kesemua mereka telah dirujuk ke klinik kesihatan Masai dan Pasir Gudang,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kepok di sini, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz.

Mohd. Khuzzan menambah, bacaan udara yang dilakukan oleh Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA) menunjukkan paras bacaan normal dan selamat di SK Kepok.

“Bacaan udara masih berada dalam keadaan selamat. Justeru, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa. 

“Seperti sedia maklum, kebanyakan pelajar yang terkena serangan ini adalah pelajar yang duduk di tingkat atas bangunan sekolah. Bagi mengelakkan situasi sama berulang, kita akan memastikan sesi pembelajaran tidak dijalankan di tingkat tiga dan empat bangunan,” katanya. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini