JOHOR BAHRU – Seramai 30 pelajar termasuk tiga orang guru di beberapa sekolah di sekitar Pasir Gudang dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan selepas mengalami simptom sesak nafas, loya dan muntah-muntah sebentar tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira pukul 10 pagi tadi melibatkan beberapa buah sekolah sama yang terjejas ekoran pencemaran bau minggu lalu. “Murid yang terjejas melibatkan mereka yang duduk…