Serangan terhadap Pas akibat rasa tidak selamat - Utusan Malaysia

Serangan terhadap Pas akibat rasa tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Serangan oleh ramai pemimpin dan ahli parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) terhadap ucapan kepemimpinan Pas adalah akibat rasa tidak selamat serta bersifat mempertahankan diri untuk kekal sebagai kerajaan.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menambah, serangan terhadap ucapan-ucapan kepemimpinan Pas semasa muktamar parti itu yang sedang berlangsung juga hanya memberi publisiti terhadap perjuangan Pas.

“Pada pandangan saya, serangan-serangan terhadap Pas terutama ke atas ucapan-ucapan pemimpin Pas timbul akibat rasa tidak selamat mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia dilakukan kerana mereka merasakan Pas adalah ancaman kepada hasrat mereka untuk terus kekal sebagai kerajaan. Walaupun menyerang namun tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Iskandar lagi, serangan yang dilakukan juga dapat membantu memaklumkan kepada umum bahawa Muktamar Pas sedang berlangsung.

“Saya tidak ada masalah dengan serangan-serangan tersebut kerana ia hanya akan memberi publisiti kepada perjuangan Pas, paling kurang rakyat Malaysia tahu muktamar Pas sedang berlangsung walaupun tidak ramai yang tidak tahu.

“Tetapi nasihat saya kepada mereka adalah harap selesaikan masalah parti anda terlebih dahulu. Tidak perlu menyerang Pas untuk menutup masalah yang melanda parti anda,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini