Sepasang kekasih diberkas miliki dadah - Utusan Malaysia

Sepasang kekasih diberkas miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki 31.66 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM4,775 dalam satu operasi sulit di Kuching, Sarawak, semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah bilik sewa di Jalan Khun Phin, Kuching, Sarawak sekitar pukul 12 tengah hari semalam..

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut telah menjumpai 13 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sahar berkata, suspek lelaki berusia 52 tahun merupakan seorang duda dan teman wanitanya berusia 23 tahun yang masing-masing menganggur turut didapati positif dadah.

“Semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kedua-dua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini