Seorang nelayan dikhuatiri lemas di Bachok - Utusan Malaysia

Seorang nelayan dikhuatiri lemas di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Seorang nelayan dikhuatiri lemas apabila sebuah bot kosong miliknya ditemui lebih kurang 27.5 kilometer dari Pantai Kemasin, dekat sini, hari ini.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, pihaknya menggerakkan dua aset iaitu Bot Maritim Penyelamat 7 dan Bot Maritim Kilat 28 ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan.

Menurutnya, mangsa, Muhamad Afandi Mohamed, 29, berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok, dekat sini, dikatakan keluar bersendirian memukat ikan pada pukul 4 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Botnya ditemui kira-kira pukul 9 pagi bagaimanapun mangsa masih gagal dikesan. Andaian awal, mangsa mungkin jatuh ke dalam laut.

Pusat Operasi SAR membabitkan pelbagai agensi penyelamat dibuka di Pantai Kemasin, Bachok, Kelantan, hari ini.

”Saksi yang ditemui memaklumkan bahawa ternampak satu bot nelayan milik mangsa yang terapung, namun mangsa tidak berada di dalam botnya. Saksi yang juga nelayan tempatan seterusnya memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang turut membuat laporan polis”, katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ismail berkata, seramai 31 pegawai dan anggota termasuk empat buah aset laut dan dua buah aset darat daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) beroperasi di sini hari ini.

Operasi SAR masih diteruskan bersama bersama polis, Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sukarelawan daripada persatuan nelayan setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini