Seorang maut kemalangan dengan kereta peronda polis - Utusan Malaysia

Seorang maut kemalangan dengan kereta peronda polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila kereta yang dinaikinya bersama tiga lagi anggota keluarganya bertembung dengan sebuah kereta peronda dari Balai Polis Kuala Kedah di Kampung Selarong Batak, Kuala Kedah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 malam itu, mangsa Nur Qistina Qaisara Abdullah, 7, yang merupakan penumpang kereta jenis Perodua Viva maut di tempat kejadian.

Seorang remaja lelaki yang berusia 18 tahun yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada, seorang wanita berusia 30 tahun patah kaki manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tidak mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua anggota polis berusia 56 dan 57 tahun yang bertugas di Balai Polis Kuala Kedah itu mengalami kecederaan ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Kuala Kedah menuju ke Tebengau sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta peronda yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu bahagian hadapan kedua-dua kereta remuk teruk dan ketika siasatan dijalankan persekitaran jalan cerah dan mempunyai lampu jalan serta keadaan cuaca adalah baik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd. Rozi berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini