Seorang lagi mangsa wabak misteri Kuala Koh mati - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa wabak misteri Kuala Koh mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lagi mangsa wabak misteri yang melanda perkampungan Orang Asli Suku Kaum Bateq meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Nasri anak lelaki Rosli yang berusia tiga tahun dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu pada 9 Jun lalu akibat jangkitan radang paru-paru.

Sejak lapan hari lalu mangsa berada dalam keadaan tenat dan menggunakan alat sokongan pernafasan dirawat di Bilik Asingan Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik HRPZ II.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menguruskan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Unit Forensik hospital akan melakukan bedah siasat pada hari ini untuk mengesahkan sebab kematian dan jumlah keseluruhan mangsa Orang Asli dari Kuala Koh, yang meninggal dunia adalah 15 orang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini