LONDON – Caster Semenya kini mungkin tidak perlu mengambil ubat testosteron ketika bertanding selepas Mahkamah Tinggi Persekutuan Switzerland menggantung sementara undang-undang baharu IAAF. Juara Sukan Olimpik bagi acara 800 meter (m) itu pada bulan lalu tewas dalam usaha mencabar pelaksanaan satu sekatan tahap testosteron dalam kalangan pelari-pelari wanita di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Semenya yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Persekutuan Switzerland. “Saya harap dengan rayuan saya ini, saya boleh berlari semula,” katanya. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya