PASIR MAS – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Latheefa Koya disaran memberi keutamaan kepada kes dakwaan pimpinan Pas menerima dana RM90 juta. Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya ada individu dari parti itu terlibat dengan dana tersebut pihaknya mahu ia segera dihadapkan ke muka pengadilan. Menurutnya, kes itu perlu diselesaikan secepat mungkin bagi membersihkan nama dan maruah parti berkenaan. “Seandainya tiada yang terlibat…










