Saya sedia terajui Kafa - Abdul Rashid - Utusan Malaysia

Saya sedia terajui Kafa – Abdul Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sah menawarkan diri untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ketika Kongres Agung Luar Biasa (EGM) badan itu yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.

Abdul Rashid berkata, keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab untuk menyelamat dan memulihkan semula bola sepak Kelantan yang dilihat hampir ‘terkubur’ ketika ini.

“Saya akui tugas untuk memulihkan semula bola sepak Kelantan bukan mudah, tambahan pula Kafa berdepan hutang lapuk yang banyak ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitupun, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan cabaran itu dan menawarkan diri bagi jawatan tersebug,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan sumber terdekat Kafa mendedahkan Abdul Rashid dikatakan berminat untuk menerajui Kafa.

Abdul Rashid memberitahu, beliau sudah mempunyai satu kerangka kertas kerja untuk memulihkan Kafa dan menyelesaikan masalah dihadapi.

Malah katanya, satu pasukan kerja sudah dibentuk yang akan berusaha mendapatkan dana bagi menggerakkan pasukan Kelantan bagi musim 2020 nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini