JOHOR BAHRU – Seorang lelaki cedera manakala 30 yang lain terselamat dalam satu kemalangan membabitkan lima buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 130 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat sini.
Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid memberitahu, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.24 petang ini.
SEORANG cedera manakala 30 yang lain terselamat selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 130 Lebuhraya Utara Selatan, Johor Bahru, petang tadi. – UTUSAN ONLINEMenurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Saga, sebuah Proton Inspira, dua buah Toyota Vios dan sebuah bas.
“Mangsa yang cedera merupakan seorang penumpang kenderaan Proton Saga, manakala semua yang lain terselamat.
“Kemalangan lima buah kenderaan ini membabitkan keseluruhan 31 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE











