MAINZ – Bintang Manchester City, Leroy Sane enggan menjawab persoalan mengenai minat Bayern Munich terhadapnya semasa menjalankan tanggungjawab bersama Jerman.
Sane menjaringkan gol terakhir pasukan ketika menang 8-0 ke atas Andorra dalam aksi kelayakan Euro 2020.
Pemain sayap itu mengalami musim suram dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City dengan meledak 10 gol tetapi hanya beraksi dalam 21 perlawanan sahaja.
Sane menjadi sasaran utama Bayern yang sedang dalam proses membina semula pasukan selepas Franck Ribery dan Arjen Robben meninggalkan kelab itu.
“Saya akan pergi bercuti sekarang dan perkara lain akan dimaklumkan kemudian.
“Cukup dengan soalan mengenai Bayern Munich,” katanya.
Sane bersama City sejak 2016 selepas kelab itu membelinya daripada Schalke dengan harga 37 juta pound (RM195.97 juta).-AGENSI











