KUALA TERENGGANU – Sambutan terhadap Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SESS) dalam kalangan pemandu perkhidmatan e-hailing dan bas di Terengganu amat dingin walaupun tinggal sebulan penguatkuasaannya. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin berkata, hanya tujuh peratus daripada 1,000 pemandu perkhidmatan e-hailing aktif di negeri ini mencarum dalam SESS. “Tambah mendukacitakan tiada seorang pun pemandu bas di Terengganu yang mendaftar. Begitupun, sambutan dalam kalangan pemandu teksi agak baik…