Salah setia bersama Reds, tolak tawaran RM787j - Utusan Malaysia

Salah setia bersama Reds, tolak tawaran RM787j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Mohamed Salah hanya bersedia membincangkan mengenai masa depannya musim depan selepas menolak tawaran bernilai 150 juta euro (RM787 juta).

Menurut akhbar Britain, Mirror, penyerang Mesir itu menolak peluang meninggalkan Anfield pada musim panas ini selepas menerima tawaran lumayan daripada Real Madrid dan Juventus.

Pemain berusia 27 tahun itu percaya, sekarang bukan waktu yang tepat untuk meninggalkan Liverpool, apatah lagi dia baru membantu gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali keenam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun laporan itu mendakwa, Salah bersedia membincangkan mengenai masa depannya pada 2020.

Sementara itu, Reds juga dikaitkan dengan penjaga gol Southampton, Alex McCarthy yang dilihat sebagai calon pengganti Simon Mignolet.

Liverpool mahu menjadikan McCarthy sebagai penjaga gol No. 2 mereka musim depan ekoran keputusan Mignolet mahu meninggalkan Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini