SEREMBAN – Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri melibatkan tiga pemimpin utama akan diadakan di negeri ini pada 15 Jun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bakal bertemu rakyat dalam sambutan rumah terbuka kerajaan negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini pada tarikh tersebut.
Majlis akan bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pula akan mengadakan rumah terbuka di No. 1, Kampung Tanjung, Rantau di Rembau.
Majlis yang menjadi acara tahunan bekas Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rumah terbuka kawasan Parlimen itu pada hari yang sama dari pukul 7.45 petang hingga 11 malam.
Lokasi majlis anjuran Presiden PKR itu adalah bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. – UTUSAN ONLINE











