JOHOR BAHRU – Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi di sini akan diadakan pada hari raya kedua. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan untuk menganjurkan rumah terbuka itu yang diadakan pada setiap tahun. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, majlis tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.…










