‘Ronaldo mahu Rodriguez ke Juventus’ - Utusan Malaysia

‘Ronaldo mahu Rodriguez ke Juventus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Cristiano Ronaldo mahu bergandingan kembali dengan bekas rakan sepasukan Real Madrid James Rodriguez di Juventus, dakwa Lothar Matthaus.

Pemain kebangsaan Colombia itu dijangka akan berhijrah pada musim panas ini.

Dia telah dipinjamkan selama dua musim di juara Bundesliga Bayern Munich dari Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali Real, Zinedine Zidane sedia melepaskan pemain tersebut ke kelab Jerman itu.

Bagaimanapun Bayern dilaporkan enggan mengambil pemain berusia 27 tahun itu, namun kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal sedia menyambut tangan Rodriguez.

Juve, dalam masa sama cuba membina semula pasukan selepas merangkul gelaran Serie A buat kali kelapan berturut-turut.

“Kami ada berhubung dua minggu lalu, sewaktu meraikan kemenangan Bayern merangkul gelaran Bundesliga. Dia sangat rapat dengan Cristiano Ronaldo.

“James ada beri tahu bahawa Cristiano ada menghubunginya dan mahu dia berhijrah ke Juventus.

“Saya faham, ini kerana James mampu membantu Ronaldo untuk meledak gol, di mana kedua-dua pemain tersebut mampu bersinar,” kata Matthaus.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini