JITRA – Lebih 2,000 penunggang motosikal tanpa mengira jenis dan kuasa kuda menunjukkan kecintaan mereka dalam sukan permotoran apabila hadir memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Port Bike, di sini malam tadi. Rata-rata mereka yang berkonvoi mengikut kelab atau persatuan masing-masing datang dari negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang. Biarpun hanya acara ‘makan-makan’ dan sesi bertukar pandangan secara santai, para pengunjung tidak berganjak sejak pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam yang…










