BUTTERWORTH – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Fakrul Irwan, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian itu, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi di lokasi kejadian. “Motosikal yang ditunggangi mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya