NEW DELHI 14 Jun – Seorang remaja India maut ditembak oleh seorang daripada suadaranya ketika mereka merakam video dengan sepucuk pistol buatan sendiri menggunakan aplikasi Tik Tok.
Remaja berusia 17 tahun itu dan empat lagi ahli keluarganya, termasuk sepupu berusia 11 tahun berada dalam sebuah bilik hotel di negeri Maharashta apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja tertarik picu pistol dan tertembak mangsa.
Menurut jurucakap polis, Anil Katke, mereka sudah menahan dua ahli keluarga berkenaan dan mendakwa mereka dengan kesalahan melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
Manakala, dua lagi ahli keluarga remaja tersebut melarikan diri. – AFP











